Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Faktor-faktor Yang Mendorong Ibu Bapa Berketurunan Melayu Menghantar Anak Mereka Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (sjk(c)) Di Daerah Johor Bahru.
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Abidin, Asmahani Zainal Sidek, Rosni Zamuddin Shah |
| Copyright Year | 2009 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mendorong ibu bapa berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Johor Bahru. Kajian ini merangkumi aspek kemudahan fizikal, sikap guru, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan minat terhadap Bahasa Cina (Mandarin). Pendekatan deskriptif digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong ibu bapa berketurunan Melayu menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) di daerah Johor Bahru. Data telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 286 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tiga buah sekolah aliran Cina di Daerah Johor Bahru iaitu SJK(C) Foon Yew 3, SJK(C) Kuo Kuang dan SJK(C) Pu Sze. Borang Soal selidik yang diedarkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B berkaitan dengan persoalan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 11.5 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Daripada dapatan kajian ini, didapati faktor sikap guru mempunyai nilai min keseluruhan yang tertinggi antara faktor-faktor yang lain iaitu sebanyak 4.35 yang mendorong ibu bapa dalam pemilihan sekolah tersebut untuk anak mereka. Selain itu, beberapa cadangan yang sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan kualiti Sistem Pendidikan Kebangsaan dalam bab V. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2009_8913_957d585c80734a96b0442cd3f2c261bd.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |