Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Amalan Kepimpinan Teragih Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Semenanjung Malaysia
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Kareem, Omar Abdull |
| Copyright Year | 2019 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teragih dalam kalangan guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teragih berdasarkan dimensi Misi, Visi dan Matlamat, Budaya Sekolah, Perkongsian Tanggungjawab dan Amalan Kepimpinan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif yang menggunakan pendekatan tinjauan. Sebanyak 379 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap amalan kepimpinan teragih secara keseluruhannya berada pada tahap yang Tinggi (Min = 3.99, SP = 0.45). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan dimensi Misi, Visi dan Matlamat, Budaya Sekolah, Perkongsian Tanggungjawab dan Amalan Kepimpinan berada pada tahap yang Tinggi. Kajian ini dapat menyumbang kefahaman kepada para guru besar tentang kepentingan amalan kepimpinan teragih di sekolah. Selain itu, kajian ini telah menambah maklumat mengenai kepimpinan teragih dan penambahan maklumat ini dapat membantu pengkaji lain dalam kajian lanjutan tentang kepimpinan teragih dalam proses mencapai tujuan reformasi pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). |
| Starting Page | 1 |
| Ending Page | 12 |
| Page Count | 12 |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Volume Number | 1 |
| Alternate Webpage(s) | http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd/article/download/7571/3113 |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |