Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Tahap Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Kalangan Pelajar
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Copyright Year | 2014 |
| Abstract | Abstrak: Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan agenda global dalam hubungan antara negara-negara maju di dunia. Ianya memberikan cabaran yang besar kepada institusi pendidikan dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cabaran ini memberikan implikasi besar ke arah menjadikan pelajar yang bermaklumat dan berdaya saing menerusi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kompetensi ICT di kalangan pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti perbezaan tahap kompetensi ICT di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di Jabatan Perdagangan. Responden kajian terdiri daripada 300 orang pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS berasaskan kepada analisis skor min dan Ujian T. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kompetensi ICT pelajar berada pada tahap sederhana iaitu pada skor min 3.04. Selain daripada itu, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi ICT dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di Jabatan Perdagangan iaitu p0.05. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.ptsb.edu.my/images/prosiding_kolokium/id12.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |