Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Harian daerah Kulai, Johor
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Kassim, Saniah Bakar, Zainudin Bin Abu |
| Copyright Year | 2012 |
| Abstract | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah harian daerah Kulai, Johor. Sejumlah 353 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik yang ditadbir terdiri daripada 30 item soalan berkaitan dengan kecerdasan emosi. Lima subkonstruk dibina meliputi aspek kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi diri, empati dan kemahiran interpersonal. Penganalisisan data dibuat menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS 16). Kajian rintis ditadbir untuk mencari kebolehpercayaan bagi item-item yang telah disediakan. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenalpasti tahap pencapaian akademik dan kecerdasan emosi pelajar tingkatan satu di sekolah menengah harian daerah Kulai. Manakala statistik Korelasi Pearson pula digunakan untuk menerangkan hubungan yang mungkin wujud di antara kecerdasan emosi dan pencapaian akademik pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah harian daerah Kulai. Kajian mendapati bahawa pembolehubah kecerdasan emosi dan domain empati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Namun, terdapat hubungan yang tidak signifikan di antara domain kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi diri dan kemahiran interpersonal dengan pencapaian akademik pelajar. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2012_10938_7f1b3ef7b8ae4975b7baedea718f8664.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |