Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Tahap kebolehan visualisasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa di Daerah Johor Bahru
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Mahmud, Aimi Yasmin Nordin, Mohd. Safarin |
| Copyright Year | 2009 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehan visualisasi pelajar-pelajar di sekolah menengah harian biasa di daerah Johor Bahru terutamanya terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Selain daripada itu juga, penyelidik mengkaji perbezaan tahap kebolehan visualisasi merentas usia, jantina, dan bangsa . Kajian ini juga mengkaji jenis-jenis aktiviti berbentuk manipulasi ruang dominan yang pernah dimainkan pelajar-pelajar ini berdasarkan tahap kebolehan visualisasi mereka. Teori asas yang akan digunakan dalam kajian ini ialah teori Kognitif Jean Piaget. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada soal selidik demografi responden dan dua jenis ujian pencapaian kebolehan ruang. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan Perisian SPSS versi 16.0.1. Data dianalisis dalam bentuk frekuensi, peratusan, kekerapan, ANOVA dan ujiant. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebolehan visualisasi pelajar dari aspek menggabungkan bentuk-bentuk dua dimensi adalah pada tahap yang sederhana tinggi manakala dari aspek memutar secara mental adalah pada tahap yang rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kebolehan visualisasi pelajar merentas usia, jantina dan bangsa. Aktiviti berbentuk manipulasi ruang membantu dalam perkembangan kebolehan visualisasi seseorang pelajar. Kesimpulannya, pembelajaran visual penting untuk meningkatkan tahap kebolehan visualisasi seseorang pelajar, yang merupakan cara pengajaran dan pembelajaran yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur, jantina dan bangsa yang berhubung dengan cara berfikir dan belajar seseorang pelajar itu. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2009_8911_74f41f1d911345d498ee5e2d202e4048.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |