Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (kbat) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Batu Pahat, Johor
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Mustafa, Mohamad Zaid Salleh, Mohd Sa’ari Mohd Ahad, Rosnee Razzaq, Abdul |
| Copyright Year | 2019 |
| Abstract | Dalam tempoh dua dekad lepas, pentaksiran antarabangsa muncul sebagai satu kaedah perbandingan langsung tentang kualiti hasil pendidikan merentas negara dan sistem. Analisis awal yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pentaksiran TIMSS pada tahun 2011 dan PISA pada tahun 2012 menyatakan berlakunya ‘ trend ’ kejatuhan dalam subjek khususnya Matematik dan Sains adalah berpunca dari 3 faktor utama iaitu sikap murid, format soalan dan keutamaan guru. Namun format soalan dan keutamaan guru sangat berkait rapat dalam mempengaruhi ‘ trend’ pencapaian subjek-subjek tersebut bila mana kebanyakan aras soalannya berbentuk analisis dan sintesis serta memerlukan aras pemikiran tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap pelaksanaan elemen KBAT oleh guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini ingin melihat isu dan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan Islam dalam menyuntik elemen KBAT menerusi sesi pengajaran di sekolah. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi ini menumpukan kepada persepsi guru-guru pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seramai 120 orang responden telah dipilih berdasarkan kaedah penentuan jumlah sampel Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen berbentuk soal selidik diedarkan ke beberapa buah sekolah menengah yang dipilih secara rawak oleh pengkaji setelah ujian rintis dijalankan terhadap 15 orang responden. Tiga konstruk menjadi pilihan pengkaji dalam menilai persepsi guru-guru terhadap KBAT iaitu pengetahuan, sikap dan amalan. Hasil analisis statistik dengan menggunakan perisian SPSS Versi 16.0 telah mendapati persepsi keseluruhan guru-guru pendidikan Islam terhadap KBAT berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.67. Selain itu, kekuatan hubungan ketiga-tiga konstruk pengetahuan, sikap dan amalan ditentukan dengan kaedah korelasi Pearson setelah ujian normaliti menunjukkan data bertabur secara normal. Dapatan kajian menunjukkan hubungan keseluruhan konstruk berada pada tahap signifikan yang kuat dengan nilai pekali korelasi 0.609. Hasil kajian secara keseluruhan menggambarkan tahap persepsi guru pendidikan Islam terhadap KBAT perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa. Kata kunci: kemahiran berfikir aras tinggi, pengajaran, konstruk pengetahuan, sikap, amalan. |
| Starting Page | 18 |
| Ending Page | 28 |
| Page Count | 11 |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://ocs.uthm.edu.my/uthmocr/index.php/hsp/article/download/227/117 |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |