Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Persepsi Kakitangan Unit Pembangunan Majlis Agama islam Adat Dan Istiadat Melayu Kelantan Terhadap pengagihan Zakat
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Hassan, Tengku Noraini, T. |
| Copyright Year | 2011 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi Kakitangan Unit Pembangunan terhadap pengagihan zakat di Majlis Agama Islam adat dan istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Seramai 20 orang kakitangan unit pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Soal selidik telah dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A mengandungi latar belakang responden, bahagian B mengetahui kefahaman umum tentang kewajipan zakat, bahagian C mengkaji tentang bentuk pengagihan zakat terhadap asnaf dan bahagian D aliran pengagihan zakat mengikut keutamaan. Setiap item soal selidik adalah dinilai berdasarkan skala Likert lima peringkat. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows version 15.0 secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang digunakan. Keputusan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbachs Alpha = 0.874. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu kefahaman umum tentang kewajipan zakat adalah tinggi dengan nilai min 4.45 dan persepsi mereka tentang bentuk pengagihan zakat terhadap asnaf mencatatkan min iaitu 4.35. Manakala persepsi responden terhadap aliran pengagihan zakat mengikut keutamaan adalah dengan nilai min 4.21. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi kaedah pengagihan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10047_8cac806a69bd4fce8a207d2d06dc9dea.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |