Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Hubungan Antara Iklim Kerja Dan Burnout Di Kalangan Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Kamari, Saiffudin Ramli, Jamaluddin |
| Copyright Year | 2004 |
| Abstract | Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara aspek-aspek iklim kerja iaitu sikap, persekitaran, sosial dan beban kerja dengan tiga subskala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Kajian ini menggunakan instrumen terpiawai Maslach Burnout Inventory (MBI) bagi mengukur tahap burnout di kalangan guru teknikal. Seramai 53 orang guru yang mengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Kluang telah dipilih untuk menjadi responden kajian. Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi dianalisis secara dua peringkat iaitu analisis deskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan hampir semua aspek iklim kerja iaitu sikap, persekitaran, sosial dan beban kerja dengan ketiga-tiga subskala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi terdapat hubungan yang signifikan. Manakala aspek beban kerja dengan keletihan emosi dan pencapaian peribadi tidak terdapat hubungan yang signifikan. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan faktor yang berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan, sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja menyumbang lebih banyak kesan terhadap burnout berbanding dengan faktor latar belakang guru. Kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan burnout selanjutnya. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5838_43244be02dc9430091ecfe3578daa009.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |