Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Kebolehan Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Pengajaran penyelenggaraan Alatan Tangan Di Bengkel Kemahiran hidup Di Dua Buah Sekolah Menengah Di Daerah Kulim / bandar Baru, Kedah Darul Aman
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Rahim, Ahmad Hawari Abdul Uzir, Mohd Mohsin |
| Copyright Year | 2004 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan untuk meninjau kebolehan pelajar Tingkatan Dua terhadap penyelenggaraan alatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup di sekolah menengah di Daerah Kulim / Bandar Baru, Kedah Darul Aman. Dua buah sekolah telah dipilih untuk kajian ini yang melibatkan para pelajar Kemahiran Hidup sahaja. Responden kajian terdiri daripada 144 orang pelajar Kemahiran Hidup yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan latarbelakang responden manakala bahagian B berdasarkan objektif kajian. Segala data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS versi 11.5 (Statistical Package For Science Social) berdasarkan frekuensi, peratus dan min. Keseluruhan hasil dapatan kajian ini menunjukkan kebolehan pelajar Tingkatan Dua terhadap penyelenggaraan alatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup berada pada tahap tinggi (min 3.97). Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk kebaikan bersama. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2004_5885_93e910e3b70e4a29a5e1d6c5ae1a2204.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |