Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Kajian Penggunaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan kreatif (kbkk) Dalam Mata Pelajaran Lukisan kejuruteraan Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik johor Bahru
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Wong, Shui Wah Othman, Widad |
| Copyright Year | 2004 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif pelajar berdasarkan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Empat persoalan kajian telah dibina bagi menyelidik tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan empat terutamanya bagi tajuk Lukisan Ortografik. Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis yang dikaji adalah membanding dan membeza serta membuat klasifikasi. Manakala tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif yang dikaji adalah menjana idea dan mencipta analogi. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk betulsalah. Responden kajian terdiri daripada 57 orang pelajar tingkatan 4 dari pengkhususan Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu. Analisis mengikut item dilakukan dengan perisian SPSS ( Statistical Package for the Social Science ) Versi 11.5. Hasil analisis mengikut item diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan pencapaian pelajar bagi Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif berada pada tahap baik tetapi analisis terperinci mengikut item menunjukkan wujud kelemahankelemahan tertentu. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah kelemahan menguasai Kemahiran Berfikir Secara Kreatif untuk menjana idea semasa melakukan proses menyelesaikan masalah lukisan ortografik. Adalah dicadangkan agar diadakan kajian-kajian seperti mengenalpasti tahap Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif bagi tajuk seperti Unjuran Ortografik, Lukisan Ortografik dan juga hubungannya dengan pendekatan pengajaran guru. Kajian ini juga boleh dijalankan di negeri seperti Sabah dan Sarawak. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_6217_31f705ed07424670b6ec88ec2c40d749.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |