Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Faktor Pendorong Penghayatan Agama Dalam Kalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi malaysia
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Jusoh, Adibah Mat Safar, Ajmain |
| Copyright Year | 2008 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor pendorong ke arah penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam, UTM. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi terhadap tahap penghayatan agama dan faktor paling utama yang mendorong ke arah penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam, UTM. Aspek yang dikaji meliputi faktor ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran pendidikan, media massa, idola dan masyarakat. Seramai 111 orang responden dalam kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 48 item soalan. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α=0.868. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan kajian mendapati kesemua aspek yang dikaji menjadi faktor pendorong ke arah penghayatan agama. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Manakala faktor paling utama yang mendorong ke arah penghayatan agama ialah faktor idola. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2008_8523_8a56886b5a20408e9c3ad1cb38e0942c.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |