Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan 2 luar bandar
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Surif, Johari Ibrahim, Nor Hasniza Kamaruddin, Meor Ibrahim |
| Copyright Year | 2006 |
| Abstract | Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah I± = .93. Seramai 120 responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah luar bandar di daerah Pontian, Johor. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah dengan purata skor min masing-masing adalah 2.24 dan 2.29, manakala faktor pengajaran guru dan persekitaran berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan purata skor min 4.00 dan 3.90. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://eprints.utm.my/id/eprint/2228/1/3_9.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |