Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Diagnosis Kesukaran, Kesilapan Dan Salah Konsep Pelajar tingkatan Empat Semasa Mempelajari Tajuk elektrokimia Dalam Konteks Penyelesaian Masalah
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Ramli, Edaya Nor Nordin, Aziz |
| Copyright Year | 2012 |
| Abstract | Pembinaan konsep yang tepat merupakan salah satu matlamat pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan konsep yang lemah di kalangan pelajar akan menimbulkan kesilapan dan salah konsep berlaku semasa proses pembelajaran. Pendekatan diagnosis merupakan salah satu kaedah untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar selepas mempelajari sesuatu topik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti subtopik yang sukar difahami, serta kesilapan dan salah konsep yang sering dilakukan oleh pelajar dalam mempelajari topik elektrokimia. Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia di tiga buah sekolah menengah yang terpilih di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 141 orang pelajar aliran sains dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk set ujian diagnostik. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira kekerapan, peratusan dan min untuk dibuat perbandingan menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS versi 16.0) dengan kebolehpercayaan instrumen ialah 0.867. Hasil dapatan kajian menunjukkan siri elektrokimia adalah subtopik yang sukar difahami oleh pelajar. Beberapa bentuk kesilapan dan salah konsep pelajar dalam topik elektrokimia telah dikenalpasti. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat mempertingkatkan strategi pengajaran untuk proses pembelajaran yang efektif. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2012_10553_92f936ea3e5a4a54b24af59bae2beb4e.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |