Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Kesediaan pensyarah teknikal terhadap pelaksanaan School Enterprise di kolej vokasional wilayah Utara
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Zainal, Hanim |
| Copyright Year | 2016 |
| Abstract | Pelaksanaan School Enterprise merupakan salah satu aktiviti pendidikan berteraskan bidang keusahawanan yang dijalankan di Kolej Vokasional pada masa ini. Program School Enterprise yang dilaksanakan di Kolej Vokasional juga merupakan salah satu elemen pengajaran dan pembelajaran yang memberikan peluang kepada para pensyarah dan pelajar khususnya untuk melalui pengalaman sebenar dalam dunia perniagaan serta mengaplikasikan konsep dan teori pendekatan perniagaan yang dipelajari ke situasi yang sebenar. Para pensyarah dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab dalam menjayakan pelaksanaan School Enterprise ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesediaan para pensyarah dalam pelaksanaan School Enterprise di empat buah Kolej Vokasional Wilayah Utara Semenanjung iaitu KV Alor Setar, KV Sungai Petani 2, KV Arau dan KV Kangar. Persepsi terhadap kesediaan para pensyarah dilihat daripada aspek pengetahuan, amalan dan kemahiran. Seramai 100 orang para pensyarah daripada empat buah Kolej Vokasional Wilayah Utara dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik yang diberikan. Analisis data ini melibatkan skor min dan sisihan piawai untuk menentukan skor min serta ANOVA untuk mencari perbezaan pada aspek yang dikehendaki. Didapati purata skor min kesediaan pensyarah KV di Wilayah Utara daripada aspek amalan (min=3.97) dan pengetahuan (min=3.796) serta kemahiran (min=3.821) adalah tinggi. Hal ini menunjukkan persepsi tahap kesediaan para pensyarah daripada sudut pengetahuan, amalan dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi terhadap pelaksanaan School Enterprise. Hal ini disebabkan kebanyakan pensyarah KV telah bersedia melaksanakan program School Enterprise namun terdapat kekangan seperti bebanan tugas dan kerja di KV yang memaksa para pensyarah mendominasikan tugas pentadbiran berbanding program yang berkisarkan pada keusahawanan ini. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kesediaan pensyarah teknikal terhadap pelaksanaan School Enterprise di Kolej Vokasional Wilayah Utara. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://eprints.uthm.edu.my/9064/1/HANIM_BINTI_ZAINAL.compressed.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |