Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Musanif, Ahmad Mahmood Hamzah, Zaitul Azma Zainon Yaakob, Nor Azuwan Su, Norizan Che |
| Copyright Year | 2011 |
| Abstract | Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan membincangkan tahap pengetahuan dan maknanya mengikut jantina. Seramai 847 orang pelajar sekolah dipilih sebagai responden. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan Teori Konstruktivisme. Hasil kajian mendapati pelajar sekolah mempunyai pengetahuan peribahasa yang berkisar di sekitar kehidupan mereka iaitu peribahasa yang selalu diajarkan di sekolah dan peribahasa yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian. Aspek abstrak yang terkandung dalam peribahasa belum diketahui secara mendalam dan menyeluruh kerana kurang kajian tentangnya. Hasil Ujian t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=-9.570, p=0.000) dari segi pengetahuan peribahasa dan makna peribahasa antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang dikaji. Pengetahuan peribahasa dan makna peribahasa dalam kalangan pelajar lelaki didapati lebih tinggi ( min 1.74) berbanding pelajar perempuan( min 1.73). Oleh yang demikian pelajaran peribahasa harus diajar dalam setiap kemahiran bahasa supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang makna peribahasa untuk diaplikasikan dalam wacana penulisan mereka, sekali gus meningkatkan keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/24355/1/Pengetahuan%20makna%20peribahasa%20dalam%20kalangan%20pelajar%20sekolah%20menengah.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Synopsis |