Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Persepsi Pelajar Tahun Empat Terhadap Pengajaran Pensyarah Dalam Bahasa InggerisDi Dua Fakulti, Universiti Teknologi Malaysia
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Sihes, Ahmad Johari Razak, Nurshila Abdul |
| Copyright Year | 2010 |
| Abstract | Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengetahui persepsi pelajar UTM terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris. Responden kajian adalah seramai 204 orang pelajar tahun empat yang dipilih daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pendidikan sesi 2007/08. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik. Ia mengandungi 30 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.894. Data-data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) versi 15.0. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Tumpuan kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar UTM terhadap tahap keupayaan pensyarah menarik minat pelajar, kaedah pengajaran pensyarah, penguasaan pensyarah terhadap penyampaian pengajarannya dan cara pensyarah berkomunikasi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris adalah berada pada tahap positif. Hasil ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada persepsi pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pendidikan terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://eprints.utm.my/id/eprint/11016/1/Persepsi_Pelajar_Tahun_Empat_Terhadap_Pengajaran_Pensyarah_Dalam_Bahasa_Inggeris_Di_Dua_Fakulti.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |