Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Hubungan Antara Pembelajaran Aturan Kendiri dan Keyakinan Terhadap Kebolehan Diri Dengan Pencapaian Akademik di Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Roslan, Samsilah |
| Copyright Year | 2001 |
| Abstract | Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk meneroka hubungan antara pembelajaran aturan kendiri dengan pencapaian akademik di institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga cuba menyelidiki pengaruh kepercayaan kepada kebolehan diri untuk belajar dan berjaya ke atas pencapaian akademik menerusi penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri. Pengukuran tahap pembelajaran aturan kendiri dalam kajian ini dilakukan berdasarkan subskala-subskala yang dicadangkan oleh Pintrich, Smith, Garcia dan McKeachie (1991). Berdasarkan model umum motivasi teori jangkaan nilai, hubungan antara komponen-komponen motivasi (kepercayaan kepada kebolehan diri untuk belajar dan berjaya, kepercayaan terhadap kawalan pembelajaran, orientasi matlamat intrinsik, orientasi matlamat ekstrinsik, nilai tugasan dan kerisauan peperiksaan) dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri diperihalkan dalam sebuah skema konseptual pembelajaran aturan kendiri. Teknik korelasi separa digunakan untuk mengawal pembolehubah luaran dalam usaha untuk menyelidiki hubungan antara pembelajaran aturan kendiri dengan pencapaian akademik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran aturan kendiri mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pencapaian akademik setelah pembolehubah luaran dikawal, r=.43, p<.01 . |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9249/1/FPP_2001_22_A.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |