Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Hubungan Antara Harga Diri Dan Pencapaian Akademik pelajar-pelajar Tahun Lima Kursus Sains Dan Matematik fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Othman, Nadia Kosnin, Azlina Mohd |
| Copyright Year | 2006 |
| Abstract | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap harga diri dan pencapaian akademik pelajar serta hubungan di antara kedua-dua pembolehubah. Perbezaan gender dari aspek harga diri dan pencapaian akademik pelajar turut dikaji. Tahap harga diri dikaji daripada aspek sosial, peribadi, prestasi dan secara global. Tahap pencapaian akademik diukur dengan melihat prestasi keseluruhan (CPA) dan prestasi semasa pelajar bagi semester 1 2005/06 (GPA). Kajian ini telah dijalankan ke atas 123 orang pelajar tahun 5 fakulti pendidikan yang megikuti kursus sains dan matematik di Universiti Teknologi Malaysia. Populasi kajian dan sampel dipilih secara rawak. Alat kajian yang mengandungi 30 item soal selidik dalam bentuk skala likert 5 aras telah digunakan untuk mengukur tahap harga diri. Keputusan kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11. Faktor demografi dianalisis secara frekuensi dan peratus. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan harga diri dan pencapaian akademik manakala ujian t untuk mengenalpasti perbezaan jantina. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana bagi semua aspek yang dikaji. Tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap harga diri pelajar yang berlainan jantina bagi aspek peribadi, prestasi dan global. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan signifikan bagi aspek sosial. Pencapaian akademik semasa dan terkumpul kebanyakan pelajar adalah ditahap sederhana. Tiada perbezaan yang signifikan didapati dalam pencapaian akademik pelajar yang berbeza jantina. Nilai pekali korelasi yang diperolehi bagi setiap aspek harga diri menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah di antara kedua-dua pembolehubah. Ini bermakna tiada hubungan yang signifikan wujud antara harga diri setiap aspek mahupun secara global dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan hasil kajian yang didapati, beberapa cadangan telah dikemukakan. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2006_6981_ae2b5cd0185b43ada0d30a8a3a0d38f2.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |