Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Similar Documents
Tahap Pengetahuan Guru Kemahiran Hidup Dalam pengurusan Bengkel Di Sekolah Menengah Di Zon Skudai, johor
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Husain, Wan Laila, Wan |
| Copyright Year | 2011 |
| Abstract | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan bengkel sekolah dari aspek (1) Pengurusan peralatan, (2) Pengurusan keselamatan, (3) Pengurusan inventori dan (4) Pengurusan kewangan. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif, jenis tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah berbentuk soal selidik. Seramai 50 orang guru Kemahiran Hidup sekolah menengah harian di zon Skudai telah dipilih sebagai sample kajian yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 responden dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai bagi melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai Alpha Cronbach bagi setiap bahagian yang dikaji adalah melebihi 0.6. Analisis kajian dibuat berdasarkan frekuensi, peratusan dan min serta data diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciense) versi 15.0. Dapatan kajian menunjukkan purata min bagi tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan bengkel dari aspek penyelenggaraan alatan dan mesin adalah tinggi (3.86), pengurusan keselamatan juga adalah tinggi (4.09), pengurusan inventori adalah sederhana (3.42) dan pengurusan kewangan adalah sederhana (3.20). Hasil dapatan menunjukkkan terdapat perbezaan antara pengalaman responden dengan tahap pengetahuan dalam pengurusan bengkel. Secara kesimpulannya, tahap pengetahuan guru tentang pengurusan bengkel masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sistematik. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Alternate Webpage(s) | http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10109_480ff4343b744b22835cdd7f78dde03e.pdf |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |