Loading...
Please wait, while we are loading the content...
Kecerdasan Emosi Sosial Kemahiran Penyesuaian Diri Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah (the Social Emotional Intelligence of Adaptability Skills among Secondary School Students)
| Content Provider | Semantic Scholar |
|---|---|
| Author | Asnawi, Abdul Adib Chua, Bee Seok Mutang, Jasmine Adela Ismail, Rosnah Binti |
| Copyright Year | 2018 |
| Abstract | Kecerdasan emosi sosial iaitu gabungan di antara di antara emosi dan juga sosial adalah merupakan aspek yang sangat penting dalam diri seseorang. Terbahagi kepada lima komponen iaitu intrapersonal, interpersonal, pengurusan stres, penyesuaian dan juga perasaan umum. Kecerdasan emosi sosial mempengaruhi secara langsung tingkah laku, emosi dan juga pembuatan keputusan individu berkenaan. Pelajar sekolah menengah merupakan kumpulan yang terdiri daripada remaja awal dan masih dalam proses pembentukan identiti. Oleh yang demikian, penting untuk mengetahui kecerdasan emosi sosial kemahiran penyesuaian khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang ke atas prestasi mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui skor kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Sampel dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan satu (1) hingga tingkatan enam (6) dari sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu. Alat kajian yang digunakan dalam adalah The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direka oleh Bar-On dan mengandungi 60 soalan dengan empat (4) skala likert . Data mentah yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 22.0. Hasil keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kecerdasan emosi sosial secara keseluruhannya adalah berada di tahap sederhana. Sementara itu, terdapat perbezaan kemahiran penyesuaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan iaitu skor min untuk pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Berdasarkan kajian ini, pihak yang berkaitan seperti kementerian pendidikan, ibu bapa dan juga masyarakat dapat memperoleh maklumat yang berkaitan untuk melaksanakan program ataupun aktiviti yang bersesuaian kepada golongan ini. |
| File Format | PDF HTM / HTML |
| Volume Number | 32 |
| Alternate Webpage(s) | http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/download/337/280 |
| Language | English |
| Access Restriction | Open |
| Content Type | Text |
| Resource Type | Article |